Login | Forum | Muat turun | Peta laman | 1 Pengunjung
Kajian
Adakah anda menyokong cadangan Menteri Pelajaran supaya "STAM dinaiktaraf sama dengan STPM"?
96% Setuju
4% Tidak Setuju

Kajian
Sekolah Menengah Agama Johor wajar didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
93% Setuju
7% Tidak Setuju

VISI & MISI SMALQ
VISI

"SMALQ Cemerlang Akademik & Sahsiah 2014"

MISI

"Melahirkan warga SMALQ yang menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi serta bersahsiah tinggi"

KERJAYA@SMALQ

Sila hubungi Pejabat 06 - 975 4833 untuk maklumat lanjut


DIARI SEPT & OKT 2010
Diari SEPT 2010

04hb - 19hb
Sept
: Cuti Pertengahan Penggal Kedua Persekolahan & Cuti Raya

25hb Sept : Hari Persekolahan Ganti

Diari OKT 2010

05hb - 07hb Okt
: PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010 [PMR]

11hb & 12hb Okt : sambungan PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010 [PMR]

09hb Okt : Hari Persekolahan Ganti

18hb - 20hb Okt : PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA 2010 [STAM]

23hb Okt : Hari Persekolahan Ganti

26hb & 27hb Okt : sambungan PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA 2010 [STAM]
>>  Baca seterusnya

MUTIARA HIKMAH (dari pelbagai sumber)
"Senyummu memikat, Marahmu bertempat, Kata-katamu penuh semangat, Nasihatmu penuh azimat, Dikaulah insan bergelar Guru"

"Telaga Budi adalah sauhnya tempat diamnya pautan budi, dalam tenang airnya, ada pusar lautan makna. Bagai riak di tasik madu, ia menghantar sebimbing wahyu"

"Guru, dalam ajarmu ada harapan, dalam tegurmu ada doa, dalam marahmu ada sayang, dalam tawamu ada mesranya, dalam diammu ada bijaksana"

"Keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan kedua-dua IBU BAPA"

"Jika seluruh UMUR adalah DOSA, maka TAQWA & TAUBATlah UBATnya. Jika seluruh HARTA adalah RACUN, maka ZAKATlah PENAWARnya. Dan jika seluruh BULAN adalah NODA, maka RAMADHANlah PEMUTIHnya"

>>  Baca seterusnya

Utama

ANDA ADALAH PELAWAT KE 

Free Web Counter Free Counter 
Iklan Berbayar : Untuk beriklan di portal ini, sila emel kepada diksids@yahoo.com





PEKELILING CUTI HARI RAYA DAN SEKOLAH GANTI
Sila rujuk berita di bawah

SELAMAT MEMANFAATKAN CUTI KEPADA SEMUA PELAJAR SMALQ

>>BORANG PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2011 KINI TELAH DIBUKA !!
sila ke menu Muat Turun


  


PEKELILING CUTI HARI RAYA & SEKOLAH GANTI

Berikut adalah Cuti Persekolahan dan Cuti Hari Raya 'Aidilfitri :

1) Cuti Pertengahan Penggal Kedua Persekolahan [04-12 Sept]

2) Cuti Hari Raya (Cuti Peristiwa) [13 Sept]

3) Cuti Berganti [14, 15 dan 17 Sept]

4) Cuti Hari Penubuhan Malaysia [16 Sept]

5) Pelajar-pelajar Pulang Semula ke Asrama [19 Sept]

6) Hari Persekolahan bermula [20 Sept]

7) Hari Persekolahan Ganti [25 Sept, 9 Okt dan 23 Okt]


>> Baca seterusnya
MAJLIS TADARUS AL-QURAN & SOLAT HAJAT PERDANA PIBG

Ibu Bapa/Penjaga/Guru-guru,
SMALQ


Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa PIBG SMALQ serta Biro Dakwah SMALQ, akan menganjurkan program tersebut mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431 H
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Syed Idurs Al-Habsyi

2. Semoga kehadiran tuan/puan akan memberi semangat dan perangsang kepada anak-anak untuk menghadapi peperiksaann perdana yang bakal menjelang. Sila nyatakan persetujuan hadir melalui surat yang diedarkan kepada anak masing-masing.

ATURCARA MAJLIS

3.15 pm : Tadarus & Khatam Al-Quran
3.50 pm : Tazkirah Ramadhan
7.17 pm : Berbuka Puasa | Solat Maghrib | Jamuan
8.27 pm : Solat Isyak | Solat Hajat | Solat Tarawikh | Moreh

*Sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan kuih muih adalah dialu-alukan.
Takwim Peperiksaan Awam 2010

UPSR
Ujian Bertulis 21 - 23 September 2010
PMR
Ujian Bertulis Sesi 1
5 - 7 Oktober 2010
Sesi 2
11 - 12 Oktober 2010
SPM
Amali 19 - 21 Oktober 2010
Ujian Bertulis 22 November - 16 Disember 2010
STAM
Ujian Lisan 18 - 20 Oktober 2010
Ujian Bertulis 26 - 27 Oktober 2010
SPM (Ulangan)
  22 - 23 Jun 2010
* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:


UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346


>> Baca seterusnya
ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 & HARI TERBUKA SMALQ

18 JULAI 2010

07.30 - 08.00 pagi :

-Ketibaan para tetamu dan pendaftaran

08.00 - 10.00 pagi :
HARI TERBUKA
-Mengambil Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun anak jagaan masing-masing
-Minum pagi

10.00 - 11.30 pagi :
MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG
-Ketibaan Yang Berbahagia Perasmi Mesyuarat Agung
-Bacaan Ayat Suci Al-Quran
-Majlis Ucapan
---Ucapan Pengetua
---Ucapan Yang DiPertua PIBG SMALQ
---Ucapan Yang Berbahagia Perasmi Mesyuarat Agung & seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMALQ Kali ke-9
-Penyampaian Hadiah Kecemerlangan & Cenderahati
-Penyampaian Cenderahati kepada AJK PIBG
-Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi
-Persembahan Nasyid

11.30 - 01.00 petang :
MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9
-Agenda Mesyuarat
---Ucapan Alu-aluan Yang DiPertua PIBG SMALQ (2008/2010)
---Membentangkan & Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
---Membincangkan Perkara-perkara Berbangkit
---Membentangkan & Mengesahkan Penyata Kewangan
---Membincangkan & Membahaskan Usul-usu
---Hal-hal Lain
---Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2008/2010
---Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG 2010/2012
---Cabutan Bertuah (40 cabutan)


01.00 petang :
-Jamuan & Bersurai

Diharapkan kepada semua ibu bapa / penjaga dapat hadir ke kedua-dua program penting ini demi meningkatkan tahap pengurusan sekolah yang lebih baik dan demi meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak jagaan masing-masing.

"DENGAN ILMU TERCAPAI CITA-CITA"
ATURCARA PENUH SAMBUTAN JUBLI EMAS SMALQ


HARI PERTAMA | JUMAAT | 25 JUN 2010


3.00 - 5.00 pm : Majlis Perasmian Oleh YB AHLI PARLIMEN LEDANG {YB IR HJ HAMIM SAMURI]
7.00 - 9.00 pm : Majlis Kerohanian (Solat Maghrib, Bacaan Yaasin, Tahlil, Solat Isyak)
9.00 - 11.00 pm : Majlis Ilmu (Forum Perdana: Pendidikan Agama Benteng Aqidah dan Akhlak)
1) Sahibus Samahah Dato' Haji Tahrir bin Dato' Shamsudin (Mufti Negeri Johor)
2) Tuan Haji Sulaiman bin Syarif Al-Azhari

HARI KEDUA | SABTU | 26 JUN 2010

8.00 am - 5.00 pm : Pameran & Jualan
9.00 am - 2.00 pm : Derma Darah
5.00 - 6.30 pm : Majlis Jamuan Teh Alumni (RM30)
9.00 - 7.00 pm : Majlis Kerohanian (Solat Maghrib, Ratib Al-Hadad, Solat Gerhana, Solat Isyak)
9.00 - 11.00 pm : Majlis Kesenian (Haflah Nasyid-Kumpulan AL-HIKMAH - Tiket RM3)

HARI KETIGA | AHAD | 27 JUN 2010

8.00 am - 12.00 pm :
Acara Kemasyarakatan
> Membersihkan Masjid | Membersihkan Kubur | Membersihkan Balai Raya | Membersihkan Kaki Lima Jalan
Acara Rekreasi
> Pertandingan Kanak-kanak Tadika (Mewarna dan lain-lain) | Pertandingan Belia (Futsal)

*Sepanjang 25 - 27 Jun 2010
1) Pameran
> Tabung Haji | Bomba & Penyelamat | Basikal Klasik | Yayasan Warisan Johor | Kelab Motor | Agensi Anti Dadah Kebangsaan
2) Jualan Amal
> Hasil jualan akan disumbangkan kepada PIBG SMA LUGHATUL QURAN

>> Baca seterusnya
Keputusan Ihtifal Ilmiah Peringkat Negeri Kali ke-11

Tahniah diucapkan kepada semua Guru Pembimbing dan para Peserta yang bertanding dalam Ihtifal kali ini. Berkat keazaman dan kesungguhan, SMALQ telah mendapat tempat dalam kebanyakan acara yang dipertandingkan seperti berikut :

KEDUDUKAN ACARA PESERTA
JOHAN
FORUM TERBUKA 1) Mohd Nasiruddin Asman
2) Siti Hajar Hashim
3) Aniz Nadira Mizman
4) Amalina Nisman
5) Ainur Athiah
TAFSIR AL-QURAN PUTERI Fatin Nurhaziqah Abdullah
TILAWAH AL-QURAN PUTERA B18 Muhamad Abdullah Amar Mohd Sabri
NAIB JOHAN
SYARAHAN BM PUTERI Ummu Syahirah Aziz
TAHFIZ AL-QURAN PUTERI Nur Hawa Mohd Amin
KETIGA
SYARAHAN BI PUTERA Mohd Asyraf Asman
BERZANJI PUTERA B15 Lukmanul Hakim Nasiruddin
TILAWAH AL-QURAN PUTERA B15 Muhammad Nabil Fahmi Yusuf
PIALA PUSINGAN FORUM TERBUKA
tahniah !!
Keputusan Ihtifal Sukan SMA Kali Ke-11

Berikut adalah keputusan rasmi untuk 10 sekolah teratas, tahniah diucapkan. SMA LUGHATUL QURAN telah menduduki tangga keempat, tahniah kepada para peserta yang bertanding.

KEDUDUKAN NAMA SEKOLAH
1 SMA Kerajaan Johor
2 SMA Parit raja
3 Maahad Pontian
4 SMA Lughatul Quran
5 Maahad Johor
6 SMA Bugisiyah Tampok
7 SMA Darul Ulum
8 SMA As-Syamsudiniah
9 SMA Al-Khairiah Segamat
10 SMA At-Tarbiyyah Islamiyyah BP
Pencapaian Subjek PMR 2009 MENINGKAT !!

Berikut adalah keputusan pencapaian mata pelajaran PMR 2009

BIL SUBJEK BIL PELAJAR A B C D E PERATUS LULUS
1 BAHASA MELAYU 114 7 59 38 10 0 100.00
2 BAHASA INGGERIS 114 3 18 30 44 19 83.30
3 SEJARAH 114 8 37 33 30 6 94.70
4 GEOGRAFI 114 3 12 63 30 6 94.70
5 PENDIDIKAN ISLAM 113 50 48 12 3 0 100.00
6 MATEMATIK 114 16 15 29 47 7 93.90
7 SAINS 114 9 32 37 35 1 99.10
8 KEMAHIRAN HIDUP PILIHAN 3 114 29 53 25 6 1 99.10
9 BAHASA ARAB KOMUNIKASI 113 16 9 22 29 37 67.30
PURATA PERATUS LULUS KESELURUHAN 92.40
PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI TAHUN 2009

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 September 2009 telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan sistem penggredan baru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual berikut:


>> Baca seterusnya
SMALQ KINI PUSAT PEPERIKSAAN STAM 2010

Surat bertarikh 10 November 2009 oleh Jabatan Pelajaran Johor telah membenarkan SMA LUGHATUL QURAN KESANG TASEK menjadi pusat peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bermula tahun 2010.

Berikut adalah huraian maklumat :
NO PUSAT : JQ511 (calon sekolah SMALQ)
NAMA PUSAT : Sek Men Agama Lughatul Quran Muar

Semoga dengan perkembangan terbaru ini, mampu menjadi pemangkin kepada perubahan berbentuk peningkatan akademik dan sahsiah pelajar khususnya dan sekolah amnya.
DENGAN ILMU TERCAPAI CITA-CITA
PENERANGAN PENCEGAHAN VIRUS H1N1 DI SMALQ

SATU sesi penerangan telah diadakan pada 5 Ogos 2009 berkenaan Pencegahan Virus H1N1 daripada merebak. Penerangan ini telah dilakukan di Dewan Besar Syed Idrus Al-Habsyi dan telah disampaikan oleh Wakil Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan Sungai Mati, Ledang.

Untuk makluman ibu bapa / penjaga, perlaksanaan kuarantin pelajar-pelajar yang menghidapi sakit demam, batuk, selsema dan sakit dada telah bermula Isnin (3 Ogos) sebaik mendapat nasihat daripada Pegawai Klinik Kesihatan Sg Mati. Pelajar-pelajar yang mempunyai simptom-simptom tersebut, sebelum ini juga telah dikumpulkan dan dihantar ke Klinik Kesihatan untuk mendapatkan rawatan dan kesemuanya dinasihatkan pulang ke rumah sehingga sembuh.

Pihak sekolah masih lagi menunggu kata putus / arahan / nasihat daripada Pegawai Kesihatan berkenaan tindakan seterusnya iaitu perlu tutup sekolah atau tidak. Pihak sekolah memohon ibu bapa / penjaga supaya sama-sama bersabar dan berdoa untuk kesihatan anak-anak pelajar. Sebarang maklumat akan disalurkan di portal ini. Terima Kasih.
TAHNIAH USTAZAH NURUN NAJWA !!

Diucapkan tahniah kepada Ustazah Nurun Najua binti Ja'far kerana telah menerima anugerah di MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA YANG KETUJUH. Beliau telah tersenarai sebagai salah seorang daripada penerima ANUGERAH KHAS USIM. Ustazah Najua yang kini menjadi Guru di SMALQ sebaik sahaja tamat pengajiannya di USIM, menerima ANUGERAH KHAS HADIAH BUKU FAKULTI (Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah).

Anugerah ini ditentukan berdasarkan pencapaian mereka yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Semoga penganugerahan ini mampu menjadi pemangkin kepada Ustazah dan guru-guru SMALQ yang lain untuk berkhidmat dengan lebih baik pada masa akan datang.
SURAT PEKELILING (BIL : SMALQ/01(01))

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga serta para pelajar, pihak pentadbiran telah mengeluarkan Surat Pekeliling berkaitan dengan ASPURA yang perlu dipatuhi dan berkuatkuasa 6 Julai 2009.

1) Semua penghuni ASPURA diWAJIBkan membawa Cawan dan Pinggan SENDIRI untuk kegunaan masing-masing sewaktu makan, BERKUATKUASA MULAI 6 JULAI 2009 (ISNIN).

2) Pelajar bertanggungjawab menjaga dan menyimpan peralatan masing-masing.

3) Pelajar dinasihatkan supaya TIDAK BERKONGSI menggunakan bekas makanan.

4) Pelajar diingatkan supaya TIDAK MENGAMBIL atau mengguna bekas makanan orang lain TANPA IZIN.

ARAHAN PENGETUA
bertarikh : 30 JUN 2009
PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMALQ 2009

SMALQ telah mengadakan Program Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah seperti butiran berikut :

TARIKH : 4 April 2009

HARI : Sabtu

MASA : 9.30 pagi

TEMPAT : Dewan Syed Idrus Al-Habsyi SMA Lughatul Quran

PENCERAMAH JEMPUTAN :


Assoc. Prof. Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail

[ Pensyarah dari Jabatan Siasah Syar'iyyah, Akademi Pengajian Islam, UNIVERSITI MALAYA ]

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR

>> Baca seterusnya
ETIKA BERPAKAIAN KETIKA MENGAMBIL KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Lembaga Disiplin & Jawatankuasa Akademik SMALQ telah memutuskan penggunaan etika ini ketika bekas pelajar Tingkatan 5 2008 ingin mengambil Keputusan SPM masing-masing bermula seawal 10.30 pagi 12 Mac 2009. Perkara ini diputuskan berikutan perlakuan segelintir bekas pelajar pada tahun sebelum ini yang memakai pakaian yang langsung tidak sesuai dengan suasana persekolahan dan tarbiyyah Islamiyyah, lebih-lebih lagi 12 Mac 2009 masih hari persekolahan. Jika para bekas pelajar tidak mematuhi etika ini, pihak sekolah tidak teragak-agak untuk menahan keputusan anda.

Sila klik untuk senarai etika..


>> Baca seterusnya
Kenyataan Media (Isu Naik Taraf STAM) - S/U KGSMAJ [TN HJ HIDHIR ISMAIL]

Sokong naik taraf STAM
 
Sistem pendidikan di Malaysia berkembang pesat selari dengan kemajuan negara. Namun begitu kematangan sesuatu sistem pendidikan dinilai berdasarkan kepada kemampuannya memenuhi keperluan semasa negara. Justeru itu perubahan demi perubahan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia wajar dilihat secara serius oleh semua pihak kerana ia memberi impak yang besar dalam pembentukan generasi akan datang.        

>> Baca seterusnya
PENCARIAN SEJARAH PENUBUHAN SMALQ

BEKAS PELAJAR-PELAJAR SMALQ
Dan

INDIVIDU YANG TERLIBAT
(1959-2004)


Terutamanya keluarga Allahyarham Haji Jaafar bin Ishak dan keluarga Allahyarham Haji Naim bin Yahya

DIMINTA MENGHUBUNGI :

PUAN RAHA/ EN. RAZI
>> 012-2761295 /
raha@smalq.com / razi@smalq.com

ATAU

PIHAK SEKOLAH
>> TEL : 06-975 4833 / FAX : 06-975 3348


>> Baca seterusnya
MOTIVASI ALUMNI SMALQ

Alumni SMA Lughatul Quran telah diwujudkan dan buat kali pertamanya telah melaksanakan Program Motivasi khusus kepada para pelajar Tingkatan 2 - 5 bertempat di SMALQ. Program anjuran Persatuan Rakan Alumni Lughatul Quran (PERAQ) dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMALQ ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam.
>> Baca seterusnya
SMALQ KINI ONLINE !!

http://www.smalq.com

Pengetua SMALQ, Tuan Haji Hidhir Ismail telah menjalinkan kerjasama dengan Syarikat BiTEch Sdn Bhd bagi mewujudkan PORTAL SEKOLAH yang telah dilancarkan secara rasmi pada Mesyuarat Agung PIBG SMALQ 29hb Jun 2008 lalu.

Portal ini adalah kemudahan maya untuk para guru, ibu bapa, para pelajar, para staf dan alumni sekolah supaya dapat memanfaatkan teknologi komunikasi secara maya dan dua hala.

Harap kita semua dapat memanfaatkannya sebaik mungkin.
Page:  1 
Carian Google
 
  


K.G.S.M.A.J.


Sila layari Laman Web Kesatuan Guru-guru Sekolah Menengah Agama Johor untuk maklumat lanjut.
Klik pada logo KGSMAJ

INTERAKSI
Para ibu bapa / penjaga / pelajar / alumni kini boleh berinteraksi dua hala bersama pihak sekolah untuk memberikan sebarang cadangan, pandangan, komen atau sumbangan artikel melalui emel sekolah iaitu : pibg@smalq.com

EMEL STAF SMALQ

Semua staf SMALQ telah ada alamat e-mail peribadi seperti berikut :- namastaf@smalq.com
Sila hubungi Cikgu Abd Rashid Abd Rahman untuk maklumat lanjut.


>>  Baca seterusnya

Last posts from forums
salam perkenalan.....
23/07/2010
RE: PENDAFTARAN ALUMNI SMALQ
14/05/2010

Muat turun
 :: Buku Panduan Disiplin (Sekolah dan Asrama) (404)
 :: KAJIAN MENGENAI PERSEPSI GURU TERHADAP ISU Sek Agama Bantuan Kerajaan (SABK) (291)
 :: HALATUJU SELEPAS SPM (SASTERA) (290)
 :: HALATUJU SELEPAS SPM (Sains) (272)
 :: MODUL RABITAH SMALQ (143)

>>Hakcipta Unit ICT SMALQ. Sebarang masalah atau kerosakan yang dihadapi oleh pengguna web ini semasa melayarinya adalah bukan tanggungjawab pihak sekolah.